Monday, May 16, 2011

Guru oh guru

Salam. Kita semua baru menyambut Hari Guru 2011  Kita tentu tertanya apa kita boleh bertemu dengan Hari Guru pada tahun yang mendatang. Pertanyaan ini sekiranya terbit dari kalbu suci kita tentunya akan meruntun segala usaha untuk kita berubah menjadi guru yang sejati yakni dengan menjadikan profesyen kita sebagai dunia ladang ke akhirat  tidak sedarlah kita inilah jalan pulang kita. Akhirnya kita menggondol oskar kemenangan kita. Itulah harapan perdana kita sebagai dae. Hayati kisah-kisah para sahabat pahit getir perjuangan menjadi tinta sejarah yang penuh dengan pengajaran serta panduan

 Mereka yang mencari jalan pulang umpama pengembara yang menuju keredaan Ilahi pasti akan ditunjukkan jalan-jalanNya sehingga kita ke destanasi dengan selamat. Kita menyambut baik pengumuman YAB Perdana Menteri bahawa sistem dan gred gaji golongan pendidik dipermudahkan sebagai pengiktirafan kepada perjuangan melahirkan insan yang berbahagia didunia dan akhirat. Walaupun produk kita tercalar dengan ribuan isu rempit, bohsia, rasuah, maksiat  namun harus kita akui ketiadaan ketahanan jatidiri generasi yang dilahir ini daripada kita jua. Sebagai pendidik kita juga memohon kepada semua pihak termasuk pemerintah, swasta dan semua yang diluar institusi mendidik anak bangsa bantulah dengan seikhlasnya jangan cuma mengejar keuntugan dunia hingga kita lupa kain putih bersih yang diusahakan pendidik  serta dae ini diconteng rakus membawa bencana pada negara dan dunia ini.

Insan yang bersifat pejuang ini sentiasa sahaja menunggu ceritera bersiri saban tahun tentang upah dan kebajikan, keluarga pendidik dilunasi dengan sebaiknya. Beradab tanpa lain bicara lain dikota. justeru seperti ceritera sambutan hari guru yang lalu ditanya mananya Bank Guru, Kebajikan Guru , anak-anak mereka di sekolah atau institusi mana. Perlukan bantuan tanya sahaja pada Bank Rakyat atau paling teruk ke along sahaja atau mereka yang tertekan mereka di sini isteri atau suami nun di sana. Tak mengapa, zaman ini segalanya ada. Zaman internet. Harapan kita pejuang agama bangsa jangan kita dibohongi lagi dengan propaganda atau cite-cite penglipurlara yang akhirnya tamat tanpa apa-apa.

Wahai sahabat yang sentiasa memahami jalan pulang jangan kecewa dan putus asa, senjata ampuh ditangan kita lalu diangkat dan berdoalah kepada yang Esa agar keluarga tercinta sentiasa berbahagia  di dunia dan akhirat.Genarasi yang lahir menyambung warisan mulia menjaga agama beradab budaya mempertahankan kemerdekaan diri serta negara dari unsur durjana.

1 comment:

  1. Tahniah dan syabas, semoga terus berjuang untuk kesejahteraan ummah di alam maya

    ReplyDelete